Pages in topic:   < [1 2]
Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah?
Thread poster: yam2u
Muhammad Razin Ong Abdullah
Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 15:21
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah? Feb 21, 2008

Saya memilih untuk menjadi penterjemah kerana saya meminati bidang bahasa.

[Edited at 2008-02-21 07:13]


 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 15:21
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Alhamdulillah... Feb 21, 2008

Salam terutamanya buat Kak Tehsin dan rerakan lain...

Terus-terang saya katakan, saya agak terkedu dengan balasan-balasan awal daripada "otai-otai" yang sedia ada. (En. Razin, boleh guna perkataan "otai"?) Malahan terasa macam dah tak layak nak masuk berforum lagi. Maaf ya, jika saya terasa. Kena minta maaf awal-awal sebab tak tahu apa jadi esok lusa. Tapi saya budak baru dan masih belajar. Kena tebal muka, kena rajin bertanya dan sanggup menerima. Lagipun, saya sendiri yang
... See more
Salam terutamanya buat Kak Tehsin dan rerakan lain...

Terus-terang saya katakan, saya agak terkedu dengan balasan-balasan awal daripada "otai-otai" yang sedia ada. (En. Razin, boleh guna perkataan "otai"?) Malahan terasa macam dah tak layak nak masuk berforum lagi. Maaf ya, jika saya terasa. Kena minta maaf awal-awal sebab tak tahu apa jadi esok lusa. Tapi saya budak baru dan masih belajar. Kena tebal muka, kena rajin bertanya dan sanggup menerima. Lagipun, saya sendiri yang akan rugi jika tak berdaya mengawal diri.

Saya berterima kasih pada Kak Tehsin kerana nampaknya saya bukanlah di dunia lain. Masih di dunia yang sama. Untuk berjaya, kena bermula daripada langkah yang pertama. Sebagaimana En. Razin, saya juga amat meminati bahasa. Dan maaf, jika pada awal forum, bahasa saya macam rojak kerana bak kata Kak May, terlalu kaku, tak seronok pula. Sedikit santai apa salahnya. Saya belum "memeluk" sepenuhnya bahasa, jika kenyataan ini boleh diterima. Latar belakang saya adalah produk. Maka, saya perlu belajar untuk menjadi seorang professional bahasa malah sangat ingin mencapai matlamat PHD dalam bidang ini. Tuan Sheikh Mohd. Ghazali yang menggalakkan kami, para pelajar beliau, semasa saya mengambil kursus penterjemahan di ITNM. Katanya berazam untuk jadi PHD - PENTERJEMAH HANDAL DUNIA.

Mungkin cara saya mengutarakan soalan juga kurang tepat. Jadi jawapan-jawapannya juga membuatkan saya terkelat. Ya, saya berusaha memberikan kualiti dan maklum balas yang saya terima, kian hari, makin banyak yang memuji daripada mengeji. Alhamdulillah, tetapi saya masih belum berhenti untuk memperbaiki diri dan tidak akan berhenti memperbaiki diri. Tentang kadar, saya ada sedikit sumbangan kemudian di thread kadar kita.

Alhamdulillah, usaha-usaha saya sebelum ini dan masih lagi belum berhenti, mendaftar, mencari, menghantar, ada hasilnya walaupun belum banyak mana. Alhamdulillah lagi, bermula tahun 2007, rezeki saya lebih baik, berbanding masa saya bermula pada tahun 2006. Pertengahan tahun 2005 saya baru hendak mencari klien.

Kata-kata Kak Tehsin, terutama di perenggan akhir, memberikan saya semangat. Saya sedar, bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik, mesti menumpahkan keringat, mesti ada pengorbanan dalam mana-mana segi. Jadi, dari setahun ke setahun, malah mungkin dari musim ke musim, resume saya akan dikemas kini dan kadar saya juga akan bertambah tinggi. Namun, buat sementara waktu, saya perlulah menimba ilmu, pengalaman dan rajin menyertai forum-forum sebegini.

En. Razin, orang baru seperti saya segan untuk mendapat khidmat edit daripada penterjemah berpengalaman; pertamanya kerana perkhidmatan itu tidak diwar2kan atau pun saya ini yang tidak tahu kewujudannya, keduanya, segan kerana takut penterjemah berpengalaman mungkin sibuk dengan kerja-kerja penterjemahan mereka sendiri. Jika yang ini juga saya silap, mohon maaf lagi. Bertanya Kak Ramona dulu pun, beranikan diri saja. Punyalah gembira tak terkata dahulu sebab Kak Ramona membalas dan memberikan jawapan.

Saya juga makin meyakini bahawa saya masih tidak lagi tersilap memilih bidang,.
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
syabas! Feb 22, 2008

Aniza wrote:Saya juga makin meyakini bahawa saya masih tidak lagi tersilap memilih bidang,.


that's a very healthy attitude to take. good for you!

i don't think any of us who answered you meant to come across as "smashing you". if we sounded stern it's because we are rather critical (at least, i am) of colleagues who accept rock-bottom rates as though they will never ever get decent work if they don't accept those bottom feeding gigs. since we know for a fact this is not really the case, we do tend to dish out tough love.

-may-


 
Azhar Mat Zin
Azhar Mat Zin
Local time: 15:21
English to Malay
Ingin berkongsi ilmu Apr 1, 2008

Saya ingin menjadi penterjemah kerana saya ingin berkongsi ilmu. Saya ingin menterjemah buku-buku elektronik, IT dan robotik.

Supaya anak bangsa boleh maju menggunakan bahasa sendiri, seperti India, Jepun, Finland dan sebagainya.


 
Shakirah Md Zain
Shakirah Md Zain  Identity Verified
Local time: 15:21
English to Malay
+ ...
Sama ada midlife crisis atau... Apr 10, 2008

Hehe..itu hanya satu usaha berjenaka..
Apabila saya amati kembali kenapa saya memilih untuk menjadi penterjemah, saya rasa alasannya mungkin boleh disimpulkan sebagai saya akhirnya jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang menggunakan bahasa ini, mungkin kerana saya tidak sedar betapa indahnya bahasa ini; apa tidaknya, dengan pihak tertentu memperkenalkan kata seperti infotainmen..seolah-olah bahasa Melayu ini kurang 'lumayan' dengan kosa kata. Namun setelah mengambil kurs
... See more
Hehe..itu hanya satu usaha berjenaka..
Apabila saya amati kembali kenapa saya memilih untuk menjadi penterjemah, saya rasa alasannya mungkin boleh disimpulkan sebagai saya akhirnya jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang menggunakan bahasa ini, mungkin kerana saya tidak sedar betapa indahnya bahasa ini; apa tidaknya, dengan pihak tertentu memperkenalkan kata seperti infotainmen..seolah-olah bahasa Melayu ini kurang 'lumayan' dengan kosa kata. Namun setelah mengambil kursus Terjemahan anjuran ITNM, atas saranan rakan karib saya Siti Zainab, barulah mata dan minda saya terbuka perihal betapa indahnya bahasa ibunda kita ini. Saya dapati saya benar-benar mendapat nikmat apabila melakukan tugasan terjemahan dan atas dasar itu, saya nekad untuk menceburi bidang ini. Bersengkang mata sudah menjadi lumrah kerjaya saya sebagai akauntan sebelum ini..namun saya lebih rela bersengkang mata melakukan sesuatu yang saya minati. Sesungguhnya setelah hampir 20 tahun bertungkus lumus mengimbangi angka, saya sudah mula bosan dengan kerjaya tersebut, maka ketika itulah kerjaya sebagai penterjemah ini Allah hamparkan di atas pangkuan saya sebagai satu nikmat yang amat saya syukuri.
Itulah sedikit sebanyak kenapa saya pilih untuk menjadi penterjemah..harap tak bosan
Collapse


 
Nor Afizah
Nor Afizah
Malaysia
Local time: 15:21
English to Malay
Hidupkan kembali forum ini! Jun 21, 2018

Assalamualaikum,

Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!

Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.

Ba
... See more
Assalamualaikum,

Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!

Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.

Bagaimana dengan penterjemah yang lain terutamanya yang baru?

[Edited at 2018-06-21 04:37 GMT]
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
bagus juga langkah pemulihan kecemasan ini! Jun 21, 2018

Nor Afizah Thalhan wrote:

Assalamualaikum,

Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!

Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.

Bagaimana dengan penterjemah yang lain terutamanya yang baru?

[Edited at 2018-06-21 04:37 GMT]


salam syawal, Nor Afizah!

terkejut beruk saya bila terima emel ini.

10 tahun! memang dah berhabuk betul thread ini. tapi nampaknya topik ini masih relevan kerana ramai ahli baru. sekurang2nya mereka boleh ambil peluang ini utk berkenalan.

selamat menterjemah!

-may-


 
Pages in topic:   < [1 2]


There is no moderator assigned specifically to this forum.
To report site rules violations or get help, please contact site staff »


Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah?






Wordfast Pro
Translation Memory Software for Any Platform

Exclusive discount for ProZ.com users! Save over 13% when purchasing Wordfast Pro through ProZ.com. Wordfast is the world's #1 provider of platform-independent Translation Memory software. Consistently ranked the most user-friendly and highest value

Buy now! »
Trados Studio 2022 Freelance
The leading translation software used by over 270,000 translators.

Designed with your feedback in mind, Trados Studio 2022 delivers an unrivalled, powerful desktop and cloud solution, empowering you to work in the most efficient and cost-effective way.

More info »