Pages in topic:   [1 2] >
Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah?
Thread poster: yam2u
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
Nov 5, 2007

Salam rerakan!

Saya baru lepas mengimbas senarai penterjemah ProZ.com dalam Bahasa Melayu.

Bilangan kita sekarang sudah 550+ orang (ahli berbayar dan pengguna berdaftar). Wah, boleh tahan ramai!

Mahu berkongsi apa yang telah mendorong kita untuk menceburi bidang terjemahan ini? Dan apakah yang kita harapkan atau jangkakan daripada kerjaya ini?

-may-


 
Hipyan Nopri
Hipyan Nopri  Identity Verified
Indonesia
Local time: 15:51
Member (2005)
English to Indonesian
+ ...
Tak Sengaja Nov 5, 2007

Hai May dan rekan penerjemah Malaysia, Singapura, dan Brunai,
Kalau saya sendiri, menjadi penerjemah merupakan kejadian yang tak sengaja. Artinya, sewaktu masih di sekolah menengah saya tidak pernah bercita-cita ingin menjadi penerjemah.
Namun demikian, ketika masuk perguruan tinggi dengan hanya berbekal modal nekad karena orang tua tidak mampu membiayai dan akhirnya kuliah pertama (teknik elektro) saya gagal setelah dua semester, akhirnya pada awal tahun 1990 saya mulai mencoba men
... See more
Hai May dan rekan penerjemah Malaysia, Singapura, dan Brunai,
Kalau saya sendiri, menjadi penerjemah merupakan kejadian yang tak sengaja. Artinya, sewaktu masih di sekolah menengah saya tidak pernah bercita-cita ingin menjadi penerjemah.
Namun demikian, ketika masuk perguruan tinggi dengan hanya berbekal modal nekad karena orang tua tidak mampu membiayai dan akhirnya kuliah pertama (teknik elektro) saya gagal setelah dua semester, akhirnya pada awal tahun 1990 saya mulai mencoba menerjemahkan berbagai macam teks bahan perkuliahan rekan-rekan sesama mahasiswa.
Pada mulanya, mereka cuma memberikan ucapan terima kasih atau memberikan sedikit makanan dan minuman.:) Setelah beberapa lama, saya mulai pasang tarif. Awalnya, tarifnya sangat murah karena saya belum tahu tarif pasaran penerjemahan yang berlaku. Lama kelamaan tarif terus saya naikkan karena order yang masuk waktu itu makin banyak. Akhirnya, setelah mulai menggunakan Internet pada tahun 2004 saya mulai tahu tarif nasional dan internasional yang berlaku dan tahun 2005 saya mulai go national dan go international.
Dengan kata lain, situasi dan kondisilah yang membuat saya memilih untuk menjadi penerjemah.

Salam

Hipyan

[Edited at 2007-11-05 00:56]

[Edited at 2007-11-05 00:57]
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
Hampir sama cerita kita! Nov 5, 2007

Hipyan Nopri wrote:

Hai May dan rekan penerjemah Malaysia, Singapura, dan Brunai,
Kalau saya sendiri, menjadi penerjemah merupakan kejadian yang tak sengaja. Artinya, sewaktu masih di sekolah menengah saya tidak pernah bercita-cita ingin menjadi penerjemah.


Hi Hipyan,

Saya juga tidak pernah terbayang akan menjadikan bidang bahasa kerjaya saya walaupun saya memang amat berminat belajar bahasa asing. Dari kecil lagi saya bercita2 untuk menguasai sebanyak bahasa asing yang termampu oleh saya.

Seperti Hipyan, saya sendiri juga tercebur ke bidang ini secara kebetulan dan juga semasa di Uni. Waktu itu saya aktif dalam aktiviti pelajar asing. Satu hari saya telah diminta oleh Jabatan Pelajar Asing Uni saya untuk membantu menterjemahkan teks Melayu ke Inggeris utk dua organisasi antarabangsa yg berHQ di negara ini. Dalam sebulan lebih sedikit begitu, saya telah dipanggil ke pejabat Pelajar Asing lagi untuk ambil cek saya. Terkejut besar saya sebab saya tidak menyangka rupa2nya ada bayaran.

-may-


 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Mengapa yer.. Feb 18, 2008

Hahhh...

Lama tak dengar berita forum penterjemah Melayu nih..

Saya memasuki bidang ini kerana dah terima VSS. Mulanya, tak tahu pun bidang ini boleh menghasilkan wang. Tercari-cari juga apa nak buat masa jadi homemaker nanti. Walaupun tahu mesti masa tu tak berapa banyak sebab "tugasan" dan "tanggungjawab" rumahtangga, tapi rasernyer beku otak jika tak dikerjakan sehabis efektif.

Lantas, saya ambil kursus terjemahan di ITNMB dan hinggalah semua yang da
... See more
Hahhh...

Lama tak dengar berita forum penterjemah Melayu nih..

Saya memasuki bidang ini kerana dah terima VSS. Mulanya, tak tahu pun bidang ini boleh menghasilkan wang. Tercari-cari juga apa nak buat masa jadi homemaker nanti. Walaupun tahu mesti masa tu tak berapa banyak sebab "tugasan" dan "tanggungjawab" rumahtangga, tapi rasernyer beku otak jika tak dikerjakan sehabis efektif.

Lantas, saya ambil kursus terjemahan di ITNMB dan hinggalah semua yang dah terjadi hingga kini.

Saya masih baru... terlalu banyak nak dipelajari.

Kak May..

Tahun ni International Language Year, 21 Feb... Kak May tak mahu satukan penterjemah Melayu, sekurang-kurangnya di sini agar kita tak sering dijadikan mangsa dibayar begitu ciput. Buat yang dah establish macam Kak May, alhmadulillah, tapi buat orang macam saya.... aduhai... tak baloi raser buat pelaburan beli CAT tapi dibayar sekitar 5cent, kurang pun ada. Alasan, itulah tarifnya. Ya ker?

Kurang-kurang kita tetapkan floor price.. Meskipun ada yang tak akan bersetuju, tapi ini untuk kebaikan semua juga. Maaf yer..
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
Malaysia kan dah ada dua persatuan penterjemah! Feb 19, 2008

Aniza wrote:

Tahun ni International Language Year, 21 Feb... Kak May tak mahu satukan penterjemah Melayu, sekurang-kurangnya di sini agar kita tak sering dijadikan mangsa dibayar begitu ciput. Buat yang dah establish macam Kak May, alhmadulillah, tapi buat orang macam saya.... aduhai... tak baloi raser buat pelaburan beli CAT tapi dibayar sekitar 5cent, kurang pun ada. Alasan, itulah tarifnya. Ya ker?

Kurang-kurang kita tetapkan floor price.. Meskipun ada yang tak akan bersetuju, tapi ini untuk kebaikan semua juga. Maaf yer..


Salam!

Terlebih dahulu, suatu makluman (atau peringatan jika sudah tahu ttg hal ini). Penetapan harga, atau aktiviti yang boleh dianggap sebagai percubaan utk menetapkan harga, baik harga dasar atau julat harga, antara para pembekal produk atau perkhidmatan adalah bersalahan dari segi peraturan pasaran bebas. Malah di kebanyakan negara di dunia, perbuatan ini adalah melanggar undang-undang anti-trust. Jadi berhati2lah bila menyuarakan cadangan yang boleh memberikan tanggapan ini di laman awam dan antarabangsa.

Berkenaan hal2 lain yang ditimbulkan...

PPM dan ITNM, rasa saya, adalah lebih terdaya drp orang persendirian untuk memberi segala perhatian yang perlu kpd hal ehwal penterjemah tempatan.

Tambahan pula saya tidak bermastautin di Malaysia. Untuk diri saya, harapnya forum Teraju yang saya kendali bersama Encik Bashir (yang juga bukan rakyat Malaysia) - di mana lebih drp 400 orang penterjemah BM berkumpul utk bertukar fikiran dan saling bantu membantu dalam masalah tugasan - bolehlah diterima oleh rerakan penterjemah Malaysia sebagai sumbangan kami terhadap menyatukan secara tidak rasmi penterjemah BM di Malaysia dan di seluruh dunia.

Selain itu (maaf jika terkasar), tetapi saya tidak menganggap adalah kewajipan saya untuk membela pengkadaran penterjemah2 BM lain. Itu adalah masalah yang harus ditangani secara peribadi. Semua penterjemah bebas seperti saya harus sedar bahawa sebagai pembekal perkhidmatan mereka adalah ahli perniagaan. Oleh itu masing2 bertanggungjawab menjayakan profesi dan perniagaan masing2.

Dalam perniagaan, keuntungan dan permintaan yang berterusan ditentukan oleh mutu, nilai tambah dan kegigihan memasarkan perkhidmatan atau produk kita. Ke arah ini kita harus sanggup melabur masa (seperti mengikuti kursus2 utk mempelajari kaedah menterjemah dengan betul atau rajin memperbaikkan penguasaan bahasa kerja kita) dan wang (seperti membeli perisian CAT utk meningkatkan mutu perkhidmatan kita kpd pelanggan). Setahu saya, tidak ada cara yang lain. Saya sendiri tidak menunggu hingga "established" utk membuat pelaburan demikian. Malah pelaburan2 tersebut saya buat ketika saya menceburi bidang ini dan saya masih terus membuatnya.

Sekiranya rerakan saya meletakkan kadar yg rendah, kerana tidak terlebih dahulu terfikir untuk mengambil tahu berapakah sebenarnya kadar pasaran, atau menerima tugasan yg kadarnya tidak munasabah atas apa sebab sekalipun, itu adalah pilihan masing2. Di pasaran bebas, mereka tidak boleh dianggap sebagai dimangsakan, tetapi mungkin sebagai tidak berapa tahu menilai tahap kepakaran dan mutu perkhidmatan mereka sendiri untuk memasarkannya dengan baik dan sesuai. Ini dipanggil kurang pengetahuan, satu keadaan yg sesiapapun boleh perbaiki.

Jika itulah punca masalah pengkadaran rendah atau yang tidak setimpal, yang diperlukan bukan menubuhkan lagi persatuan, tetapi mencari maklumat, nasihat dan petua yang sebenarnya terdapat di banyak tempat. Satu drpnya ialah di ProZ.com ini dan juga di Teraju dan milis2 terjemahan lain. Yang penting kita tidak segan bertanya atau rajin membelek arkib laman2 tersebut.

Selamat berjaya!


 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 16:51
Member (2004)
English to Malay
+ ...
sendiri kena tetapkan harga lantai Feb 19, 2008

aniza, yang saya hairan, aniza sendiri yang terima harga rendah2 macam tu. kalau rasa terlalu rendah, janganlah terima. selagi ada orang yang sanggup terima harga rendah, adalah harga rendah.

 
Shakirah Md Zain
Shakirah Md Zain  Identity Verified
Local time: 16:51
English to Malay
+ ...
Kualiti menjadi teras harga yang bakal diterima klien Feb 19, 2008

Benar saranan Ramona. Dalam usaha memastikan harga yang kita layak terima berbaloi, kita juga harus memastikan terjemahan kita berkualiti. Sentiasa memperkemaskan diri dengan ilmu mengenai perkembangan terkini istilah dan menggilap tatabahasa dan nahu kita Sebahagian besar klien akan menghantar tugasan kita kepada penterjemah lain untuk disunting, kalau kerja kita berkualiti tinggi, maka mereka tak akan teragak-agak untuk membayar harga yang kita minta.

 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Tapi... Feb 20, 2008

Ramona Ali wrote:

aniza, yang saya hairan, aniza sendiri yang terima harga rendah2 macam tu. kalau rasa terlalu rendah, janganlah terima. selagi ada orang yang sanggup terima harga rendah, adalah harga rendah.


kan ker Kak Ramona dulu juga kata, untuk menimba pengalaman, terimalah dulu. Nanti bila resume dah penuh baru boleh "tarik harga". Terendah setakat ini ialah 4cents. Aniza dah minta naikkan, tapi katanya ini harga tertinggi buat para penterjemah bahasa anda. How now, brown cow?

Saya bukanlah menyuruh, meminta.. sekadar bertanya jer.. Ada ke inisiatif yang sedemikian? Sebab bila tengok forum bangsa lain, rancak mereka berbincang hal yang sedemikian. Janganlah marah.... Dengan penjelasan Kak May, saya makin "terbuka" mata kini.

Tentang harga rendah, saya nak dapatkan kerja pun belum mudah. Macam Kak Ramona nasihatkan saya dulu, kena rajin, tak boleh give up. Kak Ramona dan saya percaya akak-akak yang lain di sini dah pun sampai ke tahap di mana, boleh "refuse" or "tolak" kerja yang datang, bukan? Malahan ilmu dan pengalaman kalian juga dah boleh dikongsi dengan penterjemah lain. Saya masih jauh lagi. Saya masih di tahap, saya yang mencari dan bukan orang yang memberi. Saya masih si penterjemah yang menerima nasihat, bantuan dan yang berkaitan.

Jadi, saya pun, kena la rajin, mencari, mendaftar, menghantar, mengetuk dan mengambil peluang yang sesuai. Tapi, depa dok kata, "rate hang tinggi sangat". Ada petua nak menjawab balik dak? Saya naik serba salah lah. Nak timba pengalaman, tapi nak juga dapatkan yang setimpal. Guano mokcik nak bagi "balance" hok ni?

Tapi, saya memang "tabik spring" pada semua otai2 penterjemah Melayu terutama akak-akak sekelian. Memang sumber inspirasi untuk saya nak menjadi berjaya sedemikian.

Saya kan masih mentah.. baaaannnnyyyaaakkkk nak belajar selok belok bidang ini. Macam Kak May kata, nak establish kena ada pelaburan. Macam Kak Ramona nasihat dan juga saranan baik Kak Shakirah. Saya sedang berusaha. Ada duit lebih sikit, saya beli buku, subscribe yang mana mampu, tengok forum bila dapat, dan dapatkan CAT tool masa duit M'sia tengah tinggi dan belajar dan belajar dan belajar lagi. Saya belum berhenti dengan usaha ini dan doakan saya tidak akan berhenti. Meskipun kita semua sedia maklum, masa sentiasa mencemburui kita kerana kita juga mempunyai berbagai tanggungjawab lain, tetapi saya mesti kena terus berusaha.

Dan terimakasih, sebab sudi nak membalas apa yang saya taruh kat sini. Elok jika saya kena "smash", sebab jika tak kena, tak belajar. Mentelah, kita bekerja dari rumah, di alam siber, lebih banyak hubungan maya daripada fizikal. Maaf, jika balasan saya "nampak" atau berbunyi tak sedap, (andainya perasaan itu wujud). Baca teks dibandingkan dengan bercakap, kita tak dapat lihat reaksi dan gerak tubuh, tapi.. secara jujur, saya merendah hati dalam menjawab kesemua "postings" akak-akak sekelian.

Salam dan moga ini permulaan persahabatan yang akan berkekalan.

Senyum!


 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 16:51
Member (2004)
English to Malay
+ ...
tambah sikit tentang harga Feb 20, 2008

aniza dan rakan2 yang lain

begini maksud saya:

dalam pasaran mana2 pun, tentu ada lingkungan harga rendah, tinggi dan sederhana tinggi, dan dalam setiap lingkungan pasti ada penjual dan pembeli. saya rasa keadaannya akan tetap begitu buat selama2nya sehingga ke akhir zaman biar apa pun yang kita buat. jadi soal tetapkan harga lantai bagi seluruh industri, memang tak boleh dibuat. kalaupun undang-undang tak melarang, memang tak boleh pun.

mengikut kelaziman,
... See more
aniza dan rakan2 yang lain

begini maksud saya:

dalam pasaran mana2 pun, tentu ada lingkungan harga rendah, tinggi dan sederhana tinggi, dan dalam setiap lingkungan pasti ada penjual dan pembeli. saya rasa keadaannya akan tetap begitu buat selama2nya sehingga ke akhir zaman biar apa pun yang kita buat. jadi soal tetapkan harga lantai bagi seluruh industri, memang tak boleh dibuat. kalaupun undang-undang tak melarang, memang tak boleh pun.

mengikut kelaziman, kalau harga tinggi, maka pembeli akan mengharapkan barangan yang bermutu. oleh sebab pembeli industri kita tidak dapat menilai barang yang akan dijual pada waktu dia memilih penterjemah, tentulah ukuran akan dibuat dengan melihat pengalaman dan kelayakan kita.

jadi, bagi penterjemah baru, memang tak ada pilihan kecuali memasuki pasaran pada tahap harga yang rendah (mengikut kelazimanlah). tapi, apabila kita menjual kepada pelanggan yang hanya sanggup membayar murah2, kita tak boleh mengharapkan pelanggan yang sama itu untuk meninggikan kadar bayarannya kelak semata-mata kerana kita sudah lebih berpengalaman dan kita yang hendak naikkan harga. kitalah yang kena cari pelanggan LAIN.

cuba bayangkan diri kita sebagai pembeli. katalah kita selalu beli baju di pasar malam. makin lama baju di kedai yang selalu kita pergi tu makin cantik pula. tiba2 pekedai itu kata dia hendak buka kedai di pavillion dan suruh kita beli di situ! mampu tak? bagi pekedai itu pula, kalau hendak menjual baju di pavillion, tentulah baju yang dijualnya pun kenalah bermutu. kalau dia jual baju yang boleh dapat di pasar malam juga, tentulah tak laku.

samalah juga dengan kita penterjemah. kalau kita tarik harga sementara belum cukup berpengalaman, tentulah tak laku. seperti kata may dan shakirah, kalau kita hendak minta harga yang lebih mahal, kerja pun kenalah berkualiti dan satu cara untuk membuktikan kualiti dalam bidang ini ialah dengan pengalaman.

kalau aniza sendiri rasa kerja aniza sudah sampai ke tahap yang patut dibayar kadar yang lebih tinggi, buktikan kepada bakal pelanggan! klien mahal tak sama dengan klien murah. biasanya dia tak siarkan iklan. dia sendiri akan mencari penterjemah dan akan memilih dengan teliti. resume kena cantik. saya tengok aniza dah ada laman web sendiri, tapi masih kurang maklumat. kalau saya sedang mencari penterjemah, apa yang ada di situ belum cukup untuk meyakinkan saya.

saya nampak dalam resume aniza, aniza masih meminta harga rendah. kalau aniza masih melayan klien murah sedangkan aniza tak puas hati, tak guna mengomel2. itu bukan jadi mangsa namanya tetapi sebaliknya itu bermaksud aniza membuli diri sendiri. carilah klien lain.

janganlah anggap semua ini sebagai "kena smash". terimalah sebagai "hadiah". biasalah, hadiah ada yang cantik, ada yang tak cantik, ada yang kita suka dan ada pula yang kita tak suka. tapi apa pun, semuanya masih hadiah.
Collapse


 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Terimakasih... Feb 20, 2008

Itu aje saya nak ucapkan.. terima kasih..

Saya akan cuba perbaiki website yang ada sebab yang itu, sendiri yang buat.. jadi improvement pun kena belajar juga lagi.

Terima kasih...


 
Muhammad Razin Ong Abdullah
Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Penggunaan Bahasa Feb 20, 2008

Sila guna bahasa Melayu yang betul dalam forum ini. Terima kasih.

 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
betul juga kata razin Feb 20, 2008

Muhammad Razin Ong Abdullah wrote:

Sila guna bahasa Melayu yang betul dalam forum ini. Terima kasih.


menjaga kesempurnaan bahasa ketika berforum boleh dilihat sebagai satu daripada langkah memasarkan diri yang baik.

maklumlah, kita kan penterjemah, yakni profesional bahasa. kalau bahasa kita orang lihat tidak standard, nanti kredibiliti kita sebagai "peraih bahasa" akan terjejas.

namun dalam forum begini, kita tak mahu juga berlagak terlalu 'baju kanji' [istilah cun ini datangnya drp arwah ibu saya utk orang yg terlalu ikut buku atau dlm BInggeris dikata 'straitlaced'). nanti perbualan jadi janggal dan tidak seronok, ya tak?

pada pendapat saya, paling baik kita ambil jalan tengah. tidak perlulah mengguna BMT (bahasa melayu tinggi), menjaga nahu hingga kaku-maku dan lidah akhirnya jadi kelu. ;D

wbp, kalau kita ingin berikan tanggapan serius, terutama bila bercakap ttg perkara yang serius, seeloknya kita guna bahasa yang tidak kelihatan terlalu semberono.


 
Tehsin Begum Mukhtar Ahmad
Tehsin Begum Mukhtar Ahmad  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
English to Malay
+ ...
Kenapa saya memilih menjadi penterjemah Feb 21, 2008

Salam semua.

Berbalik kepada soalan yang ditujukan oleh May, setiap orang mempunyai matlamat tersendiri dalam memilih menjadi penterjemah.

Saya memilih bidang ini kerana ia merupakan peluang untuk menjana pendapatan sambil bekerja dari rumah, (sesuatu yang saya selalu idamkan sejak melahirkan anak2), dan secara "online", (sesuatu yang membolehkan saya "go global" dari satu sudut kecil di rumah saya dan memudahkan segala urusan, dari penyelidikan hingga ke bayaran), dal
... See more
Salam semua.

Berbalik kepada soalan yang ditujukan oleh May, setiap orang mempunyai matlamat tersendiri dalam memilih menjadi penterjemah.

Saya memilih bidang ini kerana ia merupakan peluang untuk menjana pendapatan sambil bekerja dari rumah, (sesuatu yang saya selalu idamkan sejak melahirkan anak2), dan secara "online", (sesuatu yang membolehkan saya "go global" dari satu sudut kecil di rumah saya dan memudahkan segala urusan, dari penyelidikan hingga ke bayaran), dalam bidang yang menarik minat saya.

Kerjaya ini membolehkan saya menetapkan jadual saya sendiri dan tidak terikat seperti kerja "9 to 5" yang lain. Itulah aspek yang paling menyeronokkan.

Aniza,

Menyentuh tentang bayaran, saya berpendapat, ia bergantung kepada keadaan. Memang secara logiknya, kita tidak mampu untuk meletakkan harga yang begitu tinggi sekiranya kita masih mentah dan baru mempelajari selok-belok bidang ini. Setiap orang yang menceburi apa-apa bidang kerjaya sekali pun, bermula dari gaji yang kecil. Kita perlu membuktikan diri kita, dan menimba pengalaman dan sentiasa memantapkan ilmu dalam bidang ini sebelum kita boleh meletakkan harga yang yang akan menjamin kepuasan semua pihak. Klien akan berpuas hati dengan kualiti yang menjustifikasikan bayaran tinggi, dan kita sebagai penterjemah akan berasa bangga dengan mutu kerja kita dan ganjaran yang berbaloi dengan titik peluh kita.

Secara jujur saya akui, waktu saya mula2 menjejakkan diri dalam bidang ini, saya sanggup terima bayaran yang rendah, hanya kerana saya menganggapnya sebagai cara untuk mengasah kemahiran saya. Saya akan menerima tugasan2 yang menyentuh pelbagai topik2 baru sebagai peluang untuk menambah pengetahuan dan pendedahan kepada pelbagai perkataan baru, serta teknik dan stail penterjemahan. Belajar sambil menerima bayaran! Tetapi amat penting untuk memastikan bahawa walau apa sekalipun bayaran yang diterima, kita MESTI memastikan kita memberi klien kualiti kerja yang tinggi dan membanggakan.

Kesudahannya, klien yang tahu membezakan mutu kerja dan penterjemah tidak akan teragak2 untuk memberikan bayaran yang setimpal. Tetapkan standard dan matlamat anda sendiri, jangan bandingkan dengan orang lain (kecuali secara positif) kerana tidak ada sesiapa yang lebih layak mendorong anda menjadi yang terbaik kecuali diri anda sendiri, walau apa matlamat anda: ganjaran wang atau kepuasan peribadi, atau kedua2nya sekali.
Collapse


 
Muhammad Razin Ong Abdullah
Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 16:51
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Harga Stabil + Mutu Terbaik. Bagaimana? Feb 21, 2008

Tetapkan harga yang standard. Dapatkan khidmat edit daripada penterjemah yang berpengalaman.

[Edited at 2008-02-21 04:10]


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
saya mula thread baru khusus utk bincang kadar Feb 21, 2008

ini pautan dia:

http://www.proz.com/topic/97732

Muhammad Razin Ong Abdullah wrote:

Tetapkan harga yang standard. Dapatkan khidmat edit daripada penterjemah yang berpengalaman.

[Edited at 2008-02-21 04:10]


raz, mungkin kat thread baru, sapa2 yg sudi boleh kongsi cara dia letakkan kadar. tak payah beritahu jumlah, prosedur saja cukuplah.

-may-


 
Pages in topic:   [1 2] >


There is no moderator assigned specifically to this forum.
To report site rules violations or get help, please contact site staff »


Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah?






Trados Studio 2022 Freelance
The leading translation software used by over 270,000 translators.

Designed with your feedback in mind, Trados Studio 2022 delivers an unrivalled, powerful desktop and cloud solution, empowering you to work in the most efficient and cost-effective way.

More info »
TM-Town
Manage your TMs and Terms ... and boost your translation business

Are you ready for something fresh in the industry? TM-Town is a unique new site for you -- the freelance translator -- to store, manage and share translation memories (TMs) and glossaries...and potentially meet new clients on the basis of your prior work.

More info »