Malay to English: annual report Detailed field: Social Science, Sociology, Ethics, etc. | |
Source text - Malay Tanggungjawab Korporat
Pada 2012, PDC memainkan peranan sebagai organisasi yang bertanggungjawab dengan meneruskan urus tadbir yang baik dan menyumbang balik kepada masyarakat.
Pada tahun ini, PDC telah menyumbang RM4.6 juta kepada projek-projek berfaedah seperti projek ekonomi, sosial, pendidikan sukan dan alam sekitar.
Program-program tanggungjawab sosial korporat adalah sebahagian dari Petunjuk Prestasi Utama PDC dan mencerminkan tanggungjawab PDC kepada masyarakat dalam peranannya sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab.
Antara aktiviti-aktiviti dan sumbangan sosial yang dijalankan oleh PDC pada tahun ini adalah:
- Penanaman pokok di kawasan pembangunan PDC,
- Kempen derma darah tahunan ANSARA
- Program integriti dengan sekolah-sekolah
- Sokongan untuk Festival Warisan Dunia
- Sumbangan ekonomi, sukan dan badan kebajikan
- Sumbangan kepada Tabung Amanah TYT
- Sumbangan kepada masjid-masjid untuk aktiviti-aktiviti bulan Ramadhan
Pada tahun ini, program-program Tanggungjawab Korporat memberi tumpuan memupuk nilai-nilai murni kakitangan PDC dan masyarakat dari semua lapisan hidup. Penglibatan kakitangan PDC dalam program-program amal akan meningkatkan kesedaran mereka kepada agenda tanggungjawab sosial Perbadanan.
PDC juga menjemput anak-anak yatim dan kurang upaya dari rumah-rumah kebajikan semasa perayaan rumah terbuka. Mereka telah disambut oleh kakitangan sebagai tetamu istimewa. PDC juga menganjurkan lawatan ke rumah warga emas dan rumah kebajikan kanak-kanak serta memberikan sumbangan wang tunai dan barangan.
| Translation - English
Corporate Responsibility
In 2012, PDC played its role as a responsible organisation, by continuing with its good corporate governance and contributions back to the community.
During the year, PDC contributed RM4.6 million towards worthwhile causes inclusive of economic, social, education, sports and environment projects.
These corporate social responsibility programmes were part of the Key Performance Index of PDC and reflected PDC’s obligations to the community in its role as a responsible government agency.
Among the activities and social contributions carried out by PDC during the year were:-
(i) tree planting in PDC development areas,
(ii) annual ANSARA blood donation campaign,
(iii) integrity programmes with schools
(iv) support for World Heritage Festival,
(v) contributions to.economic, sports and welfare organizations
(vi) contributions to TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Disaster Relief Fund
(vii) contributions towards activities of mosques during Ramadhan
During the year, the CSR programmes were also focused on cultivating good values
for PDC staff members and the community from all walks of life. The involvement of PDC staff members in charity programmes will increase their awareness to the social responsibility agenda of the Corporation.
PDC also invited orphans and the physically challenged from charity homes during its festive open houses. The visitors were celebrated by staff members as special guests. PDC also organised visits to the old folks and children’s welfare homes and provided donations in cash and kind.
|