The moment when, 50 years ago, Neil Armstrong planted his foot on the surface of the Moon inspired awe, pride and wonder around the world. This newspaper argued that “man, from this day on, can go wheresoever in the universe his mind wills and his ingenuity contrives…to the planets, sooner rather than later, man is now certain to go.” But no. The Moon landing was an aberration, a goal achieved not as an end in itself but as a means of signalling America’s extraordinary capabilities. That point, once made, required no remaking. Only 571 people have been into orbit; and since 1972 no one has ventured much farther into space than Des Moines is from Chicago.
The next 50 years will look very different. Falling costs, new technologies, Chinese and Indian ambitions, and a new generation of entrepreneurs promise a bold era of space development. It will almost certainly involve tourism for the rich and better communications networks for all; in the long run it might involve mineral exploitation and even mass transportation. Space will become ever more like an extension of Earth—an arena for firms and private individuals, not just governments. But for this promise to be fulfilled the world needs to create a system of laws to govern the heavens—both in peacetime and, should it come to that, in war.
The development of space thus far has been focused on facilitating activity down below—mainly satellite communications for broadcasting and navigation. Now two things are changing. First, geopolitics is stoking a new push to send humans beyond the shallows of low-Earth orbit. China plans to land people on the Moon by 2035. President Donald Trump’s administration wants Americans to be back there by 2024. Falling costs make this showing off more affordable than before. Apollo cost hundreds of billions of dollars (in today’s money). Now tens of billions are the ticket price.
[ … ]
It is a mistake to promote space as a romanticised Wild West, an anarchic frontier where humanity can throw off its fetters and rediscover its destiny. For space to fulfil its promise governance is required. At a time when the world cannot agree on rules for the terrestrial trade of steel bars and soybeans that may seem like a big ask. But without it the potential of all that lies beyond Earth will at best wait another 50 years to be fulfilled. At worst space could add to Earth’s problems. | 50 tahun lalu, saat Neil Armstrong menjejakkan kakinya di atas permukaan Bulan telah menimbulkan kekaguman dan kebanggaan di seluruh dunia. Akhbar ini berhujah bahawa "manusia, bermula dari hari ini, boleh ke mana-mana sahaja di dunia ini jika mempunyai keazaman dan ikhtiar... ke planet-planet lain, lebih awal dari jangkaan, manusia pasti akan ke sana." Tetapi tidak. Pendaratan di bulan hanyalah satu penyimpangan, matlamat yang tercapai bukan semata-mata sebagai matlamat akhir tetapi sebagai mesej untuk menunjukkan keupayaan luar biasa Amerika. Mesej ini, sebaik sahaja disampaikan, tidak perlu disampaikan lagi. Hanya 571 orang telah ke orbit; dan sejak 1972, tiada lagi yang telah pergi lebih jauh ke angkasa seperti jarak Des Moines dari Chicago. Dalam 50 tahun akan datang, situasi ini akan berbeza. Penurunan kos, teknologi baru, azam China dan India, dan usahawan generasi baharu menjanjikan era pembangunan angkasa yang lebih berani. Ini semestinya membabitkan pelancongan untuk golongan kaya dan rangkaian komunikasi yang lebih baik untuk semua; dalam jangka panjang, mungkin membabitkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan awam. Angkasa akan jadi seperti sambungan kepada Bumi - sebuah arena untuk syarikat dan individu, bukan sahaja kerajaan. Namun, bagi memastikan janji ini terlaksana, dunia ini perlu mewujudkan sebuah sistem perundangan untuk mentadbir angkasa - semasa aman dan, sekiranya berlaku, semasa perang. Pembangunan angkasa setakat ini hanya tertumpu kepada memudah cara kegiatan di bumi- sebahagian besarnya komunikasi satelit untuk penyiaran dan pengemudian. Kini, dua perkara telah berubah. Pertama, geopolitik sedang memarakkan penekanan baru untuk menghantar manusia lebih jauh dari orbit rendah bumi. China merancang untuk mendaratkan manusia di Bulan menjelang 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump mahu Amerika kembali ke sana menjelang 2024. Penurunan kos menjadikan usaha ini lebih murah berbanding dulu. Kos Apollo berjumlah ratusan bilion dolar (nilai pada hari ini). Kini harga tiket bernilai puluhan bilion. [...] Mempromosikan angkasa dengan mengolahnya secara romantik umpama Wild West, sebuah sempadan tanpa undang-undang, tempat manusia boleh membuang belenggunya dan mencari semula takdir. Untuk angkasa memenuhi janjinya, tadbir urus diperlukan. Pada masa dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan untuk perdagangan keluli dan kacang soya di daratan, permintaan ini mungkin terlalu besar. Tetapi tanpa permintaan ini, potensi yang ada di luar bumi mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Lebih teruk, angkasa boleh menambah lagi masalah di Bumi. |