Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan situasi menjamu selera di kota Eropah, yang mana bahasa tempatannya anda tidak ketahui. Pelayannya tidak fasih berbahasa Inggeris, tapi entah bagaimana anda berjaya memesan sesuatu yang anda kenal pada menu, makan dan membayar untuknya. Sekarang bayangkan pula anda tersesat semasa berkembara, dan tiba di sebuah perkampungan Amazon dalam keadaan kelaparan. Anda membuat isyarat mengunyah, tetapi mereka sangkakan itu bahasa primitif anda. Anda mengangkat tangan tanda menyerah, mereka sangkakan anda ingin menyerang. Berkomunikasi tanpa keseragaman konteks memang sukar. Contohnya, tapak radioaktif perlu dibiarkan tanpa diusik selama puluhan ribu tahun. Tetapi, memandangkan bahasa Inggeris yang wujud sejak hanya 1000 tahun lalu kini tidak lagi difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi menghadapi kesukaran mencipta amaran kepada sisa nuklear. Badan-badan yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah memikirkan pelbagai idea, termasuk ceracak konkrit yang tinggi, "The Scream" karya Edvard Munch, dan juga tumbuhan yang diolah secara genetik untuk bertukar menjadi warna biru. Tiada yang dapat menjamin keberkesanannya menghadapi masa hadapan. Segelintir daripada mereka yang mengusahakan mesej tapak sisa nuklear ini juga terlibat dalam satu cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Inilah yang dibincangkan dalam "Extraterrestrial Languages", sebuah buku baru karya Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada siapa tahu bagaimana makhluk asing menghadam maklumat. Sepasang plak telah dihantar pada awal tahun 1970-an bersama-sama dua kapal angkasa, Pioneer 10 dan 11, yang menunjukkan manusia berbogel dan satu peta kasar untuk mencari Bumi. Semuanya cuma maklumat asas, tapi itu juga sekadar mengandaikan bahawa makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal angkasa sedemikian hanya mempunyai peluang yang amat kecil untuk ditemui, siaran radio dari Bumi yang bergerak pada kelajuan cahaya lebih berpotensi untuk membuat hubungan. Tetapi sebagaimana radio di bumi perlu dipasang pada frekuensi yang betul, begitu juga dengan di angkasa lepas. Bagaimana makhluk asing boleh menemui frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberikan gambaran dalam bentuk diagram asas atom hidrogen, kekutuban magnetik yang membalik-balik secara berkala, dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen merupakan unsur yang paling banyak dalam alam ini, ia diharapkan bahawa lakaran ini boleh bertindak seumpama nombor telefon. |