[...] "Aku ada usul." Ia bersandar ke depan seperti kawanku, April, apabila dia mahu memberitahuku suatu rahsia, walaupun tiada satu pun rahsianya yang bagus. Atau bukan rahsia pun. "Jika kau tak beritahu sesiapa pun yang aku di sini, aku boleh pulihkan mata kau."
"Pergi baliklah!"
Matanya terkebil-kebil. "Itu yang sedang aku cuba buat."
"Maksudku, kau tak berupaya pulihkannya!"
"Kenapa?"
"Setakat ni, tiada sesiapa pun yang berupaya memulihkan mataku, melainkan dengan cermin mata."
"Aku mempunyai kebolehan tertentu. Kau akan lihat, dengan syarat..."
"...Aku tak beritahu sesiapa tentang kau?"
"Itulah semangatnya, itulah pokoknya."
"Bagaimana kutahu kau tak akan butakan mataku? Kau mungkin seperti salah seorang telepemasar yang berjanji tetapi sebenarnya berdusta."
Ia mula menggilap semula. "Aku tidak akan berbuat demikian terhadap makhluk yang tidak mencederakanku."
"Maksudnya, jika aku mencederakanmu, kau boleh membutakanku?"
"Maklumat itu secara perlu tahu."
"Dan jika kau pulihkan mataku, dan aku tak beritahu sesiapa pun tentang kau, kau akan tinggalkan ladang ini?"
"Itulah semangatnya!"[...]